background

Monday, 29 October 2012

pengalaman hari raya aidil adha 2012

Assalamualaikum...
Selamat hari raya Qurban semua..Saya xtau nak share ape.Ni cerita raya aidil adha saya tahun ni.
Raya Aidil Adha pada 2012 agak membosankan bagi saya dan adik-adik.Kami beraya tanpa kakak dan abang kerana mereka berdua tidak dapat balik kampung.Mereka xdapat cuti yang panjang.Jadi mereka berdua xdapat balik kampung beraya dengan mama & abah bersama adik-adik.Saya agak sedih juga kerana kami xdapat berkumpul seperti raya aidilfitri yang lalu.Tapi xmengapa,walaupun mereka tidak beraya bersama kami.Mereka tetap menghubungi mama untuk memohon maaf.Saya dan adik yang bongsu sempat pergi tempat penyembelihan lembu untuk korban.Agak seronok kerana saya dapat melihat gelagat orang berada di situ dan agak sedih melihat lembu yang dijadikan korban.Selepas itu,saya pergi menziarahi nenek yang tinggal xberapa jauh dengan rumah.Apa yang 'best' bila raya qurban adalah bila orang yang korban itu datang memberi daging lembu.Pada belah petang pulak ada la makcik yang datang menjemput pergi ke rumah mereka,kerana mereka membuat makan-makan dengan daging korban itu.Seronok la bila dapat berjumpa dengan makcik-makcik yang dah lama xjumpa.Saya paling suka makan bila raya qurban adalah sup perut dan kerabu perut lembu.Ini la apa yang saya lalui apabila beraya di kampung halaman bila raya aidil adha.
Ini la sup perut yang sempat saya snape untuk      share dengan kawan-kawan.

Ini pulak kerabu perut.Saya rasa sampai sini dulu lah.Bila saya berkesempatan saya akan berkongsi pengalaman saya lagi bersama kawan-kawan.Harap anda semua seronok dengan cerita saya ini.Bye...:)